Powered by Blogger.
Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Demi Johan As’ari, Lana Nordin Sedia Bertudung

Friday, November 29, 2013

Inilah kuasa cinta. Cinta memang dapat mengubah manusia. Daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada jahat. Daripada pakai baju ketat kepada menutup aurat. Indah sungguh kuasa cinta. Terharu Abang Nara mendengar yang Lana Nordin akan mengubah imej seksinya kepada memakai tudung kerana kasih sayang dan perasaan cintanya terhadap Johan As’ari.



Menurut sumber Utusan Malaysia, Lana Nordin telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan. Kata sumber itu:-
Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan. Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!


lana nordin bertudung
Nampaknya Johan As’ari benar-benar menjadi pembimbing dan dan bakal merubah gaya hidup Lana Nordin. Itulah yang kita mahukan. Semoga lebih banyak perubahan ke arah kebaikan akan dilakukan oleh Lana Nordin di masa hadapan. Kepada Johan, tahniah kerana berjaya memimpin bakal isteri anda. Anda memang kacak!!!

Kahwin kerana telah diperkosa, kata bapa remaja cerai talak tiga

Thursday, November 28, 2013



KULIM: “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,”

Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yangdiceraikan talak tigaoleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.

Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.

Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.

Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.

Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.

Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.

Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.

Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.

Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

PUNCA SEBENAR PASANGAN KAHWIN MUDA CERAI TALAK 3


KISAH SEBENAR PASANGAN KAHWIN MUDA CERAI TALAK TIGA | MASIH ingatkah anda dengan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu?
Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu.
Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552.
Sewaktu ditanya pihak media, kedua-duanya pernah mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukanlah penghalang untuk mereka.
Pada masa yang sama, keluarga terutama bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan ini terjebak dalam maksiat.
Bagaimanapun, beberapa jam yang lalu, kami terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa Nor Fazira dan Mohd Fahmi sudah disahkan bercerai pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.
Pasangan Kahwin Muda Cerai Talak Tiga

Lebih dahsyat lagi, ia bukanlah cerai talak satu, tetapi talak tiga! Aduhai, mengapalah sampai begitu sekali lafaznya.
Perceraian yang kurang seminggu dari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama itu masih tidak diketahui puncanya, memetik laporan Harian Metro.
Menurut Saad, dia menerima dengan redha kenyataan itu dan menganggap jodoh anaknya sampai di situ sahaja.
Nor Fazira juga dilaporkan tidak banyak bercakap mengenai perkara itu dan kini tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran.
Sementara itu,  keluarga Mohd Fahmi dikatakan belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Kami yakin dengan terjadinya perkara ini, maka ramailah yang akan melontarkan pendapat masing-masing melalui laman sosial selepas ini.

Mungkin itulah relevannya undang-undang Malaysia menetapkan umur minimum 16 tahun untuk perempuan dan 18 tahun untuk lelaki Islam mendirikan rumahtangga kecuali atas sebab-sebab tertentu.
Ramai yang menjadikan ‘elak zina’ sebagai alasan untuk berkahwin awal dan sememangnya ia tidak dapat disangkal kebenarannya.
Namun, pada masa yang sama ramai yang terlupa perkahwinan bukan semata-mata memenuhi gelojak hawa nafsu, tetapi ia merangkumi pelbagai lagi tanggungjawab lain yang cukup berat.
Apapun, kami doakan yang terbaik untuk Nor Fazira dan Mohd Fahmi untuk meneruskan hidup baru mereka selepas ini.

Shila Amzah Pujuk Ibu Johan As’ari?

Berita mengenai keputusan Johan As’ari untuk mengahwini Lana Nordin yang tujuh tahun lebih tua darinya selepas berkenalan selama tiga hari mengejutkan ramai pihak. Ada peminat yang mempersoalkan keputusan Johan dan ada yang merestui, tetapi restu peminat tidaklah sepenting restu seorang ibu.

A sad face under the shades — Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya.
Selepas kenyataan Johan mengenai cintanya kepada Lana disiarkan di akhbar semalam, ibu Johan telah memuat naik status di Instagram seolah-olah menunjukkan kekecewaan. Komen-komen dari pengguna Instagram kepada gambar yang dimuat naik oleh ibu Johan semuanya berkisar mengenai pilihan Johan iaitu Lana berbanding Shila.

Namun kekecewaan ibu Johan cuba untuk dipujuk oleh Shila Amzah, yang memuat naik gambar mereka bersama sambil memberi kata-kata positif.

Walau bagaimanapun, status-status ini sudah dipadam oleh Shila Amzah dari Instagramnya. Setakat ini masih belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila Amzah kepada pihak media mengenai keputusan Johan yang juga memberitahu melalui artikel BH semalam yang dia menganggap Shila seperti adik.
Bersama kita nantikan perkembangan seterusnya. Kredit gambar RotiKaya.

Johan As’ari Bakal Kahwini Lana Nordin


Tatkala kami membaca artikel mengenai Johan As’ari, 27, yang telah melamar Lana Nordin, 34, setelah tiga hari berkenalan di sisipan HIP Berita Harian (BH) pada hari ini, kami mengatakan, “Beh, mesti gimik drama saja -_-”.

Tetapi semakin kami membacanya, semakin jelas bahawa ia bukan gimik atau dongengan. Johan As’ari, pelakon yang baru-baru ini digembar-gemburkan rapat dengan Shila Amzah, penyanyi sedang mencipta nama di luar negara, telah membuat pengakuan yang dirinya telah melamar pelakon seksi lagi meletup, iaitu Lana Nordin untuk dijadikan isteri berdasarkan ‘gerak hati’.
Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu.
Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya.
Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia mempunyai kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri tekejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.
Johan turut menambah yang dirinya sudah bersedia menjadi suami dan dia turut memberitahu yang pilihannya direstui oleh keluarga Shila Amzah yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.


Mereka memberi saya restu. Bagi saya, Shila gadis baik dan bersopan-santun. Dia masih muda dan masih jauh perjalanannya. Dia bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa berada di belakang.
Tidak dapat dipastikan apakah komen Shila tentang perkara ini, namun di Twitter dia ada menulis:-

Ketulusan Hati Johan As’ari Pikat Lana Nordin



Semakin hampir pada penghujung tahun 2013, semakin banyak kisah sensasi dunia hiburan tanah air Malaysia. Siapa sangka Johan As’ari akan bercinta dengan Lana Nordin? Memang tak pernah terfikir. Memang betullah jodoh itu sudah ditetapkan. Selama ini semua orang menyangka yang Johan bercinta dengan Shila Amzah, tup-tup Lana Nordin yang akhirnya mendapat cinta daripada si jejaka itu.
lana nordin dan johan as'ari
Sebelum ini, Lana Nordin memang tidak pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan sesiapa. Setakat yang Abang Nara tahu, kontroversi yang melanda Lana hanya mengenai pemakaiannya yang ketat dan seksi. Namun hati Lana terbuka untuk menerima Johan selepas melihat ketulusan hatinya. Kata Lana kepada Berita Harian:-
Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu
menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.
Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin.


lana nordin dan johan as'ari
Johan dan Lana kini sudah pun menggunakan kata ganti diri “baby” dan “sayang” apabila bercakap sesama sendiri. Malah Lana juga tidak akan memakai skirt pendek selepas ini. Nampaknya Johan sudah mula membimbing Lana ke jalan yang benar. Kata Johan:-
Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.
Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasullah dan suami. Itu saja.
Abang Nara yakin ramai yang terkejut, kecewa dan pelik dengn keputusan Johan As’ari ini. Iyerlah, nampak bercinta dengan orang lain, tiba-tiba orang lain yang jadi pilihan. Namun itulah namanya jodoh. Apa pun, diharap Johan sudah melakukan solat istikarah sebelum membuat apa-apa keputusan. Kalau memang Lana yang terbaik, pedulikanlah kata orang lain. Hidup anda, isteri anda. Selamat menempuh alam percintaan dan seterusnya berumahtangga bersama Lana Nordin.

Shila Amzah Luah Perasaan, Padam Gambar Johan As'ari di Instagram


Nampaknya sekali lagi nama Shila Amzah disebut dek kerana cinta tak jadinya. Kalau dulu cintanya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad mendapat tentangan daripada bapa hingga putus ditengah jalan, kali ini nampaknya hubungan Shila Amzah dengan Johan juga tidak kesampaian.
Shila Amzah dilihat sebagai seorang yang sering meluahkan perasaannya di laman sosial hingga mencetuskan spekulasi. Begitu juga kali ini, Shila Amzah sekali lagi meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter. Biarpun tidak diluahkan secara terus, namun daripada bait-bait perkataannya seperti dapat meneka tentang perasaannya kini selepas hubungan cinta Johan As’ari dan Lana Nordin tersebar.
Bukan itu sahaja, Shila juga turut mula memadamkan banyak gambar-gambar Johan dan gambarnya yang bersama Johan di laman sosial Instagramnya, tetapi memuatnaik sekeping gambarnya terbaru bersama ibu kepada Johan dengan caption;

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Info Media Kini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger